Thursday 25 July 2013

PENJELASAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN BERKAITAN MAKAN DI TANDAS SEKOLAH




YB Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan Pendidikan menempelak dan memalukan beberapa pemimpin pembangkang yang dikenali sebagai opportunis dan cuba menaguk air yang keruh.

Sila baca :

Masalah berkaitan lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan.


Beliau berkata, isu yang dibangkitkan sesetengah pihak sebelum ini yang mengatakan ia bersifat perkauman adalah tidak benar.

"Bilik itu digunakan sejak Mac lalu dan semua murid termasuk pelajar Muslim menggunakannya kerana kantin sekolah itu tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Oleh itu, tanggapan bahawa hanya pelajar bukan Islam sahaja yang makan di situ adalah salah.

"Keputusan untuk menggunakan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara dibuat selepas dibincangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berikutan kantin sekolah ini agak kecil dan hanya boleh menampung kira-kira 600 pelajar sahaja sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah itu, hari ini.

Katanya, cadangan untuk menjadikan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara juga dipersetujui dalam masyuarat PIBG dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah sebelum ini.

Kamalanathan berkata, pihaknya sedar bahawa bilik itu tidak sesuai dan berbincang dengan pihak sekolah itu supaya tidak lagi menggunakan bilik persalinan sebagai kantin sementara.

"Saya juga menerima permohonan daripada pihak sekolah untuk meminta bantuan bagi pengubahsuaian kantin asal bagi menampung lebih ramai pelajar, dan kami akan pertimbangkan permohonan itu.
Sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor saya juga akan memberikan sumbangan RM10,000 dan saya berharap kantin itu boleh disiapkan secepat mungkin," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang bulan Ramadhan ini. - Bernama, 24 Julai, 2013.
Setelah penjelasan P.Kamalanathan itu, apakah pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Ling Guan Eng DAP akan meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan melulu tanpa fakta yang sah?
Di antara omongan Setiausaha Agung DAP itu :
DAP memuji sikap rakyat Malaysia, Islam dan bukan Islam, kerana bersama-sama mengutuk dan mengeji tindakan menjijikkan Sekolah Kebangsaan Seri pristana di Sungai Buloh kerana meletakkan pelajar bukan Islam di bilik mandi untuk makan di waktu rehat ketika bulan puasa, dan bukan di kantin. ‘Bilik makan’ sementara di dalam bilik mandi itu juga terletak bersebelahan tandas yang berbau.
Sebenarnya, bilik itu digunakan sejak Mac lalu dan semua murid termasuk pelajar Muslim menggunakannya kerana kantin sekolah itu tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Oleh itu, tanggapan bahawa hanya pelajar bukan Islam sahaja yang makan di situ adalah salah!

Lepas ni nak cadang kat Setiausaha Agung DAP makan di restoran tandas ni...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...