Friday 31 May 2013

ALAHAI...MALUNYA ADA PEMIMPIN MACAM NI!


Jika ada pemimpin perangai macam budak-budak sekolah atau pun macam budak perangai tak cukup umur, korang malu tak? Mengaku tak kalau pemimpin kawasan korang perangai macam nie..??

Kalau pada yang pertama sekali tengok gambar di atas, sudah tentu akan kata ini mesti berlaku kekerasan terhadap pemimpin terbabit. Mesti ada yang keluar dari mulut-mulut gampang kata pemimpin ini dibelasah teruk atau diberikan layanan yang kasar oleh pihak Polis. Betul tak? Sebab itu yang keluar dari mulut pemimpin pakatan haprak nie bila mereka berdepan dengan pihak Polis.

Bila waran tangkap telah dikeluarkan Polis bermacam-macam pula alasan yang mereka diberikan. Seorang yang jatuh bersalah perlu ker dilayan macam Raja? Siapa mereka untuk diberikan layanan VIP, kena sopan santun bagai semuanya? Sebelum ini mereka layan pihak Polis dengan penuh hikmah dan sopan santun ker?

Pelbagai cacian dan makian yang mereka lontar pada pihak Polis dan pemimpin negara tapi siapa yang bersikap profesional...korang lihat dan fikir sendirilah yer. Dalam insiden penangkapan pemimpin pakatan haprak ini korang tengok sendiri video ini, siapa yang perangai budak-budak? Malu ada pemimpin macam ni, yang jadi anak dia pun mesti malu bapak perangai macam 'belum cukup matang'....


Friday 17 May 2013

SAIFUL BUKHARI MENANG KES



Masihkah ingatkah kita tentang kes Saiful Bukhari Azlan (gambar)? Beliau sebelum ini pernah mempunyai kes liwat dengan DSAI

Dalam 'kes' yang berasingan, beliau telah BERJAYA MEMENANGI hati personaliti televisyen iaitu Nik Suryani Megat Deraman.

Beliau juga telah mengesahkan perkara ini dan bercadang untuk mengakhiri zaman bujangnya dengan gadis pilihan. Majlis Persandingan sebelah perempuan akan diadakan pada 25 Mei ini di Kuala Terengganu manakala resepsi sebelah lelaki pula akan diadakan pada 2 Jun di Kuala Lumpur.



Mereka berkenalan selepas kes Liwat ll, apabila Saiful menegur Nik Suryani di sebuah restoran seperti yang dilaporkan media.

Sebelum ini Nik Suryani bertugas di meja jenayah dan politik 8TV, pernah disergah akhbar wartawan Sarawak kerana bertanya jam tangan Omega pada sidang media berkaitan dengan isu Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Nik Suryani merupakan orang Padang Midin, Kuala terengganu dan gambar di bawah adalah gambar pertunangan mereka pada 20 Oktober lalu.







Thursday 16 May 2013

SENARAI PENUH MENTERI KABINET 2013




Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang
          
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan
  
Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri:  Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun
  
Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah


Monday 13 May 2013

BONGKAR : PENDEDAHAN 9 KES PENGUNDI HANTU PRU13

Pilihanraya Umum Ke-13 telah berakhir. Namun, ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi.. Pihak yang tidak berjaya UBAH Kerajaan Malaysia cuba membuat pelbagai onar untuk menafikan kemenangan Pasukan Barisan 1 Malaysia...

Pemimpin pembangkang cuba menimbulkan huru-hara dengan menyarankan para penyokongnya untuk menangkap pengundi yang rasa-rasa mereka mencurigakan di tempat membuang undi tempohari. Ayat yang mereka gunakan adalah "Citizen's Arrest".

Daripada arahan yang diberikan, definisi mencurigakan adalah berdasarkan rupa wajah pengundi yang hadir dilihat seakan-akan warga asing. Arahan ini dilaksanakan oleh penyokong hanya berdasarkan rupa wajah seseorang. 

Bertambah tegang bila mana pengundi yang mereka tangkap berlandaskan "Citizen's Arrest" itu terbukti pula sebagai seorang rakyat Malaysia yang sah dan maklumat pengundi SPR jelas melayakkan dirinya untuk mengundi.

Rakyat menghormati kedaulatan undang-undang yang sudah termaktub di negara ini, maka alasan "Citizen's Arrest" tidak diterima oleh umum. Di bawah perenggan 3(1)(n) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954:
Mana-mana orang yang menghalang seseorang pengundi yang selainnya berhak untuk mengundi daripada mengundi dalam sesuatu pilihan raya merupakan satu kesalahan.

Mereka yang melanggar akta ini boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya. Orang yang telah disabitkan itu tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pengundi dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari tarikh sabit kesalahan.

Jika pada tarikh itu seseorang itu telah pun dipilih dalam mana-mana pilhan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan.
Bak kata Siddharta Gauthama : " Three things cannot be long hidden : the sun, the moon, and the TRUTH.."

Psywarriors cuba membongkar KEBENARAN sebenar disebalik dakwaan wujud Pengundi Hantu, sekaligus memBERSIHkan nama/imej individu yang tidak bersalah daripada terus menjadi mangsa fitnah terdesak pihak pembangkang.



1. CHUA, THE BLACK CHINDIAN




Chua Lai Fatt  merupakan rakyat Malaysia yang lahir dari perkahwinan campuran iaitu bapa berketurunan India manakala ibu berketurunan Cina menjadi mangsa fitnah puak pembangkang.

Kesian Chua..Disebabkan warna kulit tidak 'sekata' dengan nama, beliau dituduh sebagai Pengundi Hantu yang memiliki kad pengenalan PALSU. Namun, ramai rakan-rakan yang mengenali Chua mempertahankan hak beliau sebagai pengundi yang SAH!!



Kata kenalan yang mengenali Chua :

  1. Raymond Koh - "...he is one of my secondary school mate...chinese indian mixed la..
  2. EricBear Lee - "...This is real name of him. He is adopted by chinese family. I know this guy at secondary school..."
  3. Ethan N Lawrence Lee - "...I hate this kind of skin racist!!!He is born as indian but adopted by chinese family!!!He can speak Hokkien better than u or me!!!..."
#Kes Pertama Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 



2. KESIAN SIVA


Seorang warganegara Malaysia yang juga seorang pengurus di sebuah syarikat, dikenali sebagai Siva, berbangsa India oleh rakan-rakan beliau dalam facebook TERPAKSA memperbetulkan FITNAH yang dilakukan oleh MACAI-MACAI PEMBANGKANG.

Golongan ini selalu melaungkan pihak lawan sebagai perkauman, rasis dan tidak adil. Namun apabila tiba hari pengundian, adilkah pihak-pihak yang kononnya perjuangkan KEADILAN menuduh rakyat Malaysia sebagai PENGUNDI HANTU??




Kata kenalan yang mengenali Siva :

  1. Vatsn Shri - "Mereka adalah warga Malaysia dan mereka adalah abang saudara saya..."
  2. Deena Darshini - "hoi mereka berdua ini abang ipar saya ok...mereka ini orang malaysia.... "
#Kes Kedua Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 



3. OKU MANGSA FITNAH!

PRU13 mencatatkan sejarah baru apabila Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 30an turut menjadi mangsa fitnah pihak rakus inginkan kemenangan. Mereka menuduh mangsa sebagai Pengundi Hantu dan beliau ditahan sekumpulan lelaki selepas mengundi di SMK Sri Pantai, Pantai Dalam.

Pembangkang kali ini cuba berlagak hero kononnya sebagai PEMANTAU PILIHANRAYA sewenang-wenangnya menahan  orang yang mereka SYAK sebagai BANGLA..

Kad pengenalan milik mangsa turut dirampas selain mangsa dipaksa menjawab segala pertanyaan yang diajukan bertujuan untuk memastikan tahap kefasihannya berbahasa Melayu dan kepastian sama ada mangsa bertaraf warganegara atau sebaliknya.
   
Tetapi disebabkan kekurangannya yang bisu, dia telah dituduh sebagai Pengundi Hantu. Oleh kerana bimbangkan keselamatannya, satu laporan polis telah dibuat di balai berhampiran sejurus selepas kejadian itu.



Kata kenalan yang mengenali mangsa tersebut :
  1.  Zulhilmi - "...bdak ni duduk kt umah aku..Siasat betul then baru post...Budak ni selalu jd sukarela lps solat jumaat kat masjid medan bg surat kabar kerajaan selangor..Geng kita ni oi."
  2. Little Nazz - "nie OKU edar risalah PR kat Taman Medan ler.."
  3. Amir May - "bdk taman medan ni la bkn bangla.."

#Kes Ketiga Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 



4. PAKISTAN WARGANEGARA MALAYSIA


Sekeluarga warganegara Malaysia berketurunan Pakistan juga menjadi mangsa dituduh Pengundi Hantu. Sekumpulan lelaki berbangsa Cina cuba menghalang keluarga tersebut beratur untuk mengundi di SMK Tropicana dan mendesak mereka untuk menyanyikan lagu Negaraku sebagai pengesahan warganegara.

Namun, kumpulan tersebut tersentak apabila ada ahli keluarga tersebut boleh bertutur Bahasa Kantonis .Malah ada jiran yang mengenali keluarga tersebut mendakwa bahawa mereka telah tinggal di kejiranan tersebut lebih 3o tahun!




#Kes Keempat Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 


5. SUAMI ANGGOTA PDRM TURUT DITAHAN




"Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla," suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu. Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. 

Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. "Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi," balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu.

Kejadian berlaku di Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu kenangan buat dirinya yang berketurunan India-Muslim.

Katanya, kumpulan itu datang ke arahnya dengan menjerit-jerit dan meminta beliau menunjukkan kad pengenalan miliknya. Mereka terus berang apabila melihat MyKad miliknya berwajah baru.

Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepadanya walaupun beliau puas  menafikan, namun langsung tidak diendahkan. Kumpulan terbut mula bertindak ganas apabila menendang dan memukul dadanya. Tajudeen, pengurus di pusat latihan memandu di Rawang mengakui rasa amat marah dan terus dapatkan pegawai polis yang bertugas.

Beliau merupakan suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir. Tajudeen berharap kejadian tersebut tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. 

#Kes Kelima Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 



6. SAYA BUKAN BANGLA!

Seorang pemuda ditangkap oleh sekumpulan yang menyamar sebagai polis menuduh beliau sebagai Pengundi Hantu. Beliau didesak untuk menunjukkan kad pengenalan oleh pihak tersebut.

Apabila menyedari mereka TERSALAH tangkap, kumpulan tersebut berpecah dan ada yang melarikan diri. Ahli kumpulan yang sempat ditahan memohon maaf atas ketelanjuran mereka.

Pemuda berkenaan mendakwa beliau membesar, bekerja dan bersekolah di kawasan berkenaan dan rata-rata penduduk di situ mengenali beliau.  Laporan polis telah dibuat sejurus kejadian tersebut berlaku.



#Kes Keenam Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 



7. JPN SAHKAN RAMEISH WARGANEGARA



Pihak pembangkang sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila menggangap Rameish warga Bangladesh berdasarkan rupa paras fizikalnya.




Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isu ini pada laman facebook berkaitan Encik Rameish a/l Raman @ Ramalingam yang didakwa sebagai ‘Bangla’ dan seterusnya telah dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab beliau untuk mengundi dalam pilihanraya kali ini.

Semakan pada rekod JPN mendapati bahawa beliau adalah berstatus Warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan di lahirkan di negeri Pahang.

Psywarriors difahamkan bahawa lelaki tersebut dan keluarganya telah membuat laporan polis tentang fitnah pembangkang terhadap diri beliau.

#Kes Ketujuh Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 




8. GAMBAR LAMA DIMANIPULASI


Gambar lama segerombolan pekerja asing warga Bangladesh tiba di KLIA menjadi sensasi topik Pengundi Hantu. 

Ada pihak yang mengakui gambar tersebut gambar lama dan sepatutnya jika ingin dijadikan bahan perlu ambil gambar terkini beberapa hari sebelum hari mengundi.


#Kes Kelapan Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 



9. SALAH TAFSIR GAMBAR



Gambar ketibaan sekumpulan warga asing berbaris di KLIA dimanipulasi Harakahdaily dengan status di facebook "Lagi VVIP BN dilihat di lapangan terbang memasuki negara".

Walaubagaimanapun, pembaca iaitu Mohd Bukhari menafikan dakwaan tersebut dan tindakan beliau dipuji dan dianggap jujur. 

Komen beliau "Maaf, sy tkut bnda ni akn jd fitnah, jd sy nk kongsikn skit..sy tau ni d mana n sy bkerja d situ...sykt pnerbagn tu mmg ade penerbangan daily dri kathmandu Nepal ke k.l.....setiap hari...mmg penumpng dri Nepal rmai cmni...dri Awal pnerbangan ktm-kul thun lps...mereka akn bbaris pnjg cmni smbil pgang tngn ikut leader dri agensi pkerjaan...sblm leader tu nk msuk ambil pas kslmtn dulu n tnjukkn dokumen dri agensi tu......"

#Kes Kesembilan Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 


Berdasarkan 9 Kes yang dinyatakan terbukti pembangkang GAGAL menangkap Pengundi Hantu yang hanya dinilai  berdasarkan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status. Sedangkan umum mengetahui bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan keturunan. 

Sebaliknya mereka perlulah merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya agar tidak mewujudkan persepsi yang salah dikalangan orang ramai.

Jadi, dimanakah bukti dakwaan wujud 40,000 Pengundi Hantu oleh Ketua Pembangkang sebelum ini??



Menakjubkan apabila ada manusia yang memutuskan sesuatu perkara  berdasarkan sangkaan-sangkaan dan pengkhabaran dengar cakap, dan kemudian mempertahan keputusan itu bersungguh-sungguh seolah-seolah ianya mutlak dan konklusif..maka barangkali itu sebabnya Gibran Kahlil berkata : Say "I find a truth not the truth"..tapi berkata Tagore "The facts are many but the truth is one"...:)

Friday 10 May 2013

SUDUT PANDANG PEMERHATI PERHIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

Suasana di Stadium MBPJ Kelana Jaya sesak dibanjiri penyokong Pakatan Rakyat (PR) pada perhimpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ yang rata-ratanya berpakaian serba hitam.




Perhimpunan itu dianjurkan ekoran ketidakpuasan hati PR terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lalu yang menyaksikan pemimpin yang mereka sanjungi kempunan untuk menjadi Perdana Menteri ke-7.



Akibat daripada perancangan pelaksanaan yang tidak teratur malah ditambah lagi dengan keadaan hujan pada hari tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya yang luar biasa sepanjang Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).



Seperkara yang perlu rakyat Malaysia tahu, POLIS mengklasifikasikan perhimpunan berkenaan sebagai HARAM berikutan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebelum itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Namun yang hairannya, mereka yang hadir ke perhimpunan itu seolah-olah bangga dan merasakan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.





Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan perhimpunan tanpa notis.


Polis juga telah mengenalpasti beberapa kesalahan yang dilakukan dalam perhimpunan antaranya termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berdasarkan ucapan-ucapan berbaur hasutan disampaikan oleh 28 orang penceramah yang telah dikenalpasti.

Selain itu, Seksyen 124 B Kanun Keseksaan iaitu melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen di mana boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Ada peserta perhimpunan memaklumkan kepada psywarriors bahawa mereka mempunyai hak untuk berhimpun. Namun, bagaimana pula hak kami yang sayangkan keamanan??




Thursday 9 May 2013

SPR KEJAM MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL!

Setiap pengundi dicalit dengan dakwat kekal sebelum dibenarkan mengundi pada PRU13, Ahad lalu

Ramai yang membangkitkan isu Dakwat Kekal SPR yang tidak kekal..

Namun, beberapa orang rakan psywarriors mengatakan SPR kejam menggunakan dakwat kekal kerana masih meninggalkan kesan di jari mereka walaupun selepas hari yang KEEMPAT...

Berikut kesan dakwat kekal di hari keempat selepas PRU13 Ahad lalu...












Gambar di atas sengaja dirakamkan bersama tarikh akhbar hari ini agar ianya tidak dimanipulasikan pihak-pihak tertentu. Malah ianya sekaligus menyangkal dakwaan bahawa Dakwat Kekal SPR Tidak Kekal...



Ada juga yang memberi cadangan agar pada PRU14 SPR dibekalkan dengan tukul. Lepas tu ketuk jari pengundi, pasti tanda biru kekal selama seminggu. =)

BN MENANG GST NAIK 6%??

Berikut BUKTI BERGAMBAR yang ditunjukkan pihak pembangkang mengatakan GST naik selepas BN menang PRU 13 tempohari : 



Sebelum menyalak tak tentu hala, baik faham dulu apa itu GST..Jangan terkeliru antara Government Service Tax dan Goods and Service Tax...

Goods and Services Tax (GST) belum lagi dilaksanakan. Ianya masih diperingkat bacaan kedua dan belum diluluskan lagi di Parlimen. 

Yang kelihatan di resit-resit tersebut ialah Government Service Tax. JANGAN CONFUSE!! Government Service Tax memang 6%. Namun apabila Goods and Services Tax dilaksanakan, government service tax ini akan terhapus. GST (GOODS) ini ditetapkan kurang dari 6%. 

Government Service Tax memang telah lama ada sebelum PRU13 lagi..Sila rujuk Akta Cukai Perkhidmatan 1975 untuk pemahaman lebih lanjut.

SELIDIK DAHULU SEBELUM MENAMPAKKAN KEBODOHAN KITA..

Wednesday 8 May 2013

DR. HASAN ALI : BERI PELUANG PAS TERAJUI SELANGOR



SHAH ALAM - Kejayaan PAS menambah penguasaan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor daripada 8 kepada 15 pada Pilihan Raya Umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.
   
Perkembangan itu juga membuka peluang kepada PAS untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR. Berbanding PAS, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008.  
   
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-PAS di Selangor harus memberi peluang kepada PAS meneraju kerajaan negeri itu kali ini.
   
"PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada PAS. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
   
Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
     
Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) PAS yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.
   
Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua PAS Kuala Langat.
   
Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini.
   
"Soal pentingnya bakal calon MB (menteri besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya. - Bernama

LUAHAN PEMASTAUTIN TETAP KELANTAN

Berikut Luahan Anak Kelantan Yang Tinggal Di Kelantan :


"terima kasih anak muda d kelantan & perantauan...semua rakyat kelantan dlm negeri mahukan perubahan demi masa depan yg lbh gemilang...tapi anak kelantan di perantauan masih mahukan negeri ini kekal seperti sedia kala & menolak pembnguan serta mahukan negeri ini terus ketinggalan... lepas mereka mengundi terus berangkat ke destinasi masing-masing tetapi yang sedih dan pilu rakyat yang terus menetap setia di negeri ini.mereka yg terpaksa menanggung akibat dr pilihan yg org lain buat.adakah semua itu berbaloi????mereka bergembira & menikmati pembangunan d negeri org & rela membiarkan org d negeri sendiri terus hidup biasa2 shj....tahniah..."




Walaubagaimanapun, TAHNIAH & SYABAS  kepada ADUN Pasir Pekan iaitu Datuk Ahmad Yakob atas pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan.Semoga beliau memberi sinar baru kepada rakyat Kelantan.







Didendangkan lagu khas buat anak-anak Kelantan di seluruh dunia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...