Monday, 13 May 2013

BONGKAR : PENDEDAHAN 9 KES PENGUNDI HANTU PRU13

Pilihanraya Umum Ke-13 telah berakhir. Namun, ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi.. Pihak yang tidak berjaya UBAH Kerajaan Malaysia cuba membuat pelbagai onar untuk menafikan kemenangan Pasukan Barisan 1 Malaysia...

Pemimpin pembangkang cuba menimbulkan huru-hara dengan menyarankan para penyokongnya untuk menangkap pengundi yang rasa-rasa mereka mencurigakan di tempat membuang undi tempohari. Ayat yang mereka gunakan adalah "Citizen's Arrest".

Daripada arahan yang diberikan, definisi mencurigakan adalah berdasarkan rupa wajah pengundi yang hadir dilihat seakan-akan warga asing. Arahan ini dilaksanakan oleh penyokong hanya berdasarkan rupa wajah seseorang. 

Bertambah tegang bila mana pengundi yang mereka tangkap berlandaskan "Citizen's Arrest" itu terbukti pula sebagai seorang rakyat Malaysia yang sah dan maklumat pengundi SPR jelas melayakkan dirinya untuk mengundi.

Rakyat menghormati kedaulatan undang-undang yang sudah termaktub di negara ini, maka alasan "Citizen's Arrest" tidak diterima oleh umum. Di bawah perenggan 3(1)(n) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954:
Mana-mana orang yang menghalang seseorang pengundi yang selainnya berhak untuk mengundi daripada mengundi dalam sesuatu pilihan raya merupakan satu kesalahan.

Mereka yang melanggar akta ini boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya. Orang yang telah disabitkan itu tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pengundi dalam mana-mana pilihan raya sehingga tamat tempoh lima tahun dari tarikh sabit kesalahan.

Jika pada tarikh itu seseorang itu telah pun dipilih dalam mana-mana pilhan raya, kerusinya hendaklah dikosongkan dari tarikh sabitan.
Bak kata Siddharta Gauthama : " Three things cannot be long hidden : the sun, the moon, and the TRUTH.."

Psywarriors cuba membongkar KEBENARAN sebenar disebalik dakwaan wujud Pengundi Hantu, sekaligus memBERSIHkan nama/imej individu yang tidak bersalah daripada terus menjadi mangsa fitnah terdesak pihak pembangkang.



1. CHUA, THE BLACK CHINDIAN




Chua Lai Fatt  merupakan rakyat Malaysia yang lahir dari perkahwinan campuran iaitu bapa berketurunan India manakala ibu berketurunan Cina menjadi mangsa fitnah puak pembangkang.

Kesian Chua..Disebabkan warna kulit tidak 'sekata' dengan nama, beliau dituduh sebagai Pengundi Hantu yang memiliki kad pengenalan PALSU. Namun, ramai rakan-rakan yang mengenali Chua mempertahankan hak beliau sebagai pengundi yang SAH!!



Kata kenalan yang mengenali Chua :

  1. Raymond Koh - "...he is one of my secondary school mate...chinese indian mixed la..
  2. EricBear Lee - "...This is real name of him. He is adopted by chinese family. I know this guy at secondary school..."
  3. Ethan N Lawrence Lee - "...I hate this kind of skin racist!!!He is born as indian but adopted by chinese family!!!He can speak Hokkien better than u or me!!!..."
#Kes Pertama Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 



2. KESIAN SIVA


Seorang warganegara Malaysia yang juga seorang pengurus di sebuah syarikat, dikenali sebagai Siva, berbangsa India oleh rakan-rakan beliau dalam facebook TERPAKSA memperbetulkan FITNAH yang dilakukan oleh MACAI-MACAI PEMBANGKANG.

Golongan ini selalu melaungkan pihak lawan sebagai perkauman, rasis dan tidak adil. Namun apabila tiba hari pengundian, adilkah pihak-pihak yang kononnya perjuangkan KEADILAN menuduh rakyat Malaysia sebagai PENGUNDI HANTU??




Kata kenalan yang mengenali Siva :

  1. Vatsn Shri - "Mereka adalah warga Malaysia dan mereka adalah abang saudara saya..."
  2. Deena Darshini - "hoi mereka berdua ini abang ipar saya ok...mereka ini orang malaysia.... "
#Kes Kedua Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 



3. OKU MANGSA FITNAH!

PRU13 mencatatkan sejarah baru apabila Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 30an turut menjadi mangsa fitnah pihak rakus inginkan kemenangan. Mereka menuduh mangsa sebagai Pengundi Hantu dan beliau ditahan sekumpulan lelaki selepas mengundi di SMK Sri Pantai, Pantai Dalam.

Pembangkang kali ini cuba berlagak hero kononnya sebagai PEMANTAU PILIHANRAYA sewenang-wenangnya menahan  orang yang mereka SYAK sebagai BANGLA..

Kad pengenalan milik mangsa turut dirampas selain mangsa dipaksa menjawab segala pertanyaan yang diajukan bertujuan untuk memastikan tahap kefasihannya berbahasa Melayu dan kepastian sama ada mangsa bertaraf warganegara atau sebaliknya.
   
Tetapi disebabkan kekurangannya yang bisu, dia telah dituduh sebagai Pengundi Hantu. Oleh kerana bimbangkan keselamatannya, satu laporan polis telah dibuat di balai berhampiran sejurus selepas kejadian itu.



Kata kenalan yang mengenali mangsa tersebut :
  1.  Zulhilmi - "...bdak ni duduk kt umah aku..Siasat betul then baru post...Budak ni selalu jd sukarela lps solat jumaat kat masjid medan bg surat kabar kerajaan selangor..Geng kita ni oi."
  2. Little Nazz - "nie OKU edar risalah PR kat Taman Medan ler.."
  3. Amir May - "bdk taman medan ni la bkn bangla.."

#Kes Ketiga Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 



4. PAKISTAN WARGANEGARA MALAYSIA


Sekeluarga warganegara Malaysia berketurunan Pakistan juga menjadi mangsa dituduh Pengundi Hantu. Sekumpulan lelaki berbangsa Cina cuba menghalang keluarga tersebut beratur untuk mengundi di SMK Tropicana dan mendesak mereka untuk menyanyikan lagu Negaraku sebagai pengesahan warganegara.

Namun, kumpulan tersebut tersentak apabila ada ahli keluarga tersebut boleh bertutur Bahasa Kantonis .Malah ada jiran yang mengenali keluarga tersebut mendakwa bahawa mereka telah tinggal di kejiranan tersebut lebih 3o tahun!




#Kes Keempat Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 


5. SUAMI ANGGOTA PDRM TURUT DITAHAN




"Hey, sini ada satu lagi pengundi hantu. Ini Bangla," suara dari satu kumpulan yang menerjah ke arah Tajudeen Anvar Batcha, 50, apabila dia dikatakan pemilik MyKad palsu. Tajudeen, kelahiran Taiping, Perak, berang apabila dituduh sebagai warga asing. 

Paling menyedihkan apabila dia turut dipukul dan ditendang kumpulan yang memakai baju kemeja-t berwarna kuning. "Saya bukan Bangla, Saya orang Malaysia. Saya ada MyKad sah dan saya ada hak mengundi," balas Tajudeen namun tiada reaksi positif daripada kumpulan itu.

Kejadian berlaku di Dewan Serbaguna Bt 17, Rawang memberi seribu satu kenangan buat dirinya yang berketurunan India-Muslim.

Katanya, kumpulan itu datang ke arahnya dengan menjerit-jerit dan meminta beliau menunjukkan kad pengenalan miliknya. Mereka terus berang apabila melihat MyKad miliknya berwajah baru.

Pelbagai kata-kata kesat dilemparkan kepadanya walaupun beliau puas  menafikan, namun langsung tidak diendahkan. Kumpulan terbut mula bertindak ganas apabila menendang dan memukul dadanya. Tajudeen, pengurus di pusat latihan memandu di Rawang mengakui rasa amat marah dan terus dapatkan pegawai polis yang bertugas.

Beliau merupakan suami kepada Deputi Superintendan Aisha Be Abdul Kadir. Tajudeen berharap kejadian tersebut tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. 

#Kes Kelima Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 



6. SAYA BUKAN BANGLA!

Seorang pemuda ditangkap oleh sekumpulan yang menyamar sebagai polis menuduh beliau sebagai Pengundi Hantu. Beliau didesak untuk menunjukkan kad pengenalan oleh pihak tersebut.

Apabila menyedari mereka TERSALAH tangkap, kumpulan tersebut berpecah dan ada yang melarikan diri. Ahli kumpulan yang sempat ditahan memohon maaf atas ketelanjuran mereka.

Pemuda berkenaan mendakwa beliau membesar, bekerja dan bersekolah di kawasan berkenaan dan rata-rata penduduk di situ mengenali beliau.  Laporan polis telah dibuat sejurus kejadian tersebut berlaku.



#Kes Keenam Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 



7. JPN SAHKAN RAMEISH WARGANEGARA



Pihak pembangkang sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila menggangap Rameish warga Bangladesh berdasarkan rupa paras fizikalnya.




Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isu ini pada laman facebook berkaitan Encik Rameish a/l Raman @ Ramalingam yang didakwa sebagai ‘Bangla’ dan seterusnya telah dihalang daripada menunaikan hak dan tanggungjawab beliau untuk mengundi dalam pilihanraya kali ini.

Semakan pada rekod JPN mendapati bahawa beliau adalah berstatus Warganegara Malaysia secara kuatkuasa undang-undang dan di lahirkan di negeri Pahang.

Psywarriors difahamkan bahawa lelaki tersebut dan keluarganya telah membuat laporan polis tentang fitnah pembangkang terhadap diri beliau.

#Kes Ketujuh Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 




8. GAMBAR LAMA DIMANIPULASI


Gambar lama segerombolan pekerja asing warga Bangladesh tiba di KLIA menjadi sensasi topik Pengundi Hantu. 

Ada pihak yang mengakui gambar tersebut gambar lama dan sepatutnya jika ingin dijadikan bahan perlu ambil gambar terkini beberapa hari sebelum hari mengundi.


#Kes Kelapan Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 



9. SALAH TAFSIR GAMBAR



Gambar ketibaan sekumpulan warga asing berbaris di KLIA dimanipulasi Harakahdaily dengan status di facebook "Lagi VVIP BN dilihat di lapangan terbang memasuki negara".

Walaubagaimanapun, pembaca iaitu Mohd Bukhari menafikan dakwaan tersebut dan tindakan beliau dipuji dan dianggap jujur. 

Komen beliau "Maaf, sy tkut bnda ni akn jd fitnah, jd sy nk kongsikn skit..sy tau ni d mana n sy bkerja d situ...sykt pnerbagn tu mmg ade penerbangan daily dri kathmandu Nepal ke k.l.....setiap hari...mmg penumpng dri Nepal rmai cmni...dri Awal pnerbangan ktm-kul thun lps...mereka akn bbaris pnjg cmni smbil pgang tngn ikut leader dri agensi pkerjaan...sblm leader tu nk msuk ambil pas kslmtn dulu n tnjukkn dokumen dri agensi tu......"

#Kes Kesembilan Pembangkang GAGAL Membuktikan Wujud Pengundi Hantu 


Berdasarkan 9 Kes yang dinyatakan terbukti pembangkang GAGAL menangkap Pengundi Hantu yang hanya dinilai  berdasarkan ciri-ciri fizikal seseorang sebagai bukti untuk pengesahan status. Sedangkan umum mengetahui bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan keturunan. 

Sebaliknya mereka perlulah merujuk kepada pihak berkuasa terlebih dahulu untuk tindakan selanjutnya agar tidak mewujudkan persepsi yang salah dikalangan orang ramai.

Jadi, dimanakah bukti dakwaan wujud 40,000 Pengundi Hantu oleh Ketua Pembangkang sebelum ini??



Menakjubkan apabila ada manusia yang memutuskan sesuatu perkara  berdasarkan sangkaan-sangkaan dan pengkhabaran dengar cakap, dan kemudian mempertahan keputusan itu bersungguh-sungguh seolah-seolah ianya mutlak dan konklusif..maka barangkali itu sebabnya Gibran Kahlil berkata : Say "I find a truth not the truth"..tapi berkata Tagore "The facts are many but the truth is one"...:)

2 comments:

  1. Merekalah hantuuu yang sebenar..wakakak

    ReplyDelete
  2. 4 persoalan yang bermain difikiran aku!

    1. tak percaya keputusan pilihanraya? yg PR menang majoriti 20,000-40,000 boleh percaya ke?

    2. menang sebab undi bangla? mcm la BN menang majoriti 2-10 undi?? berapa banyak bangla yg PR tangkap? ade dapat 1,000 bangla kat satu tempat mengundi?

    3. kenapa bangla? kenapa tak cina dari china? kenapa tak orang indonesia? kan lebih mudah nak tipu. kalau dr china tu, muka pun sama je mcm cina rakyat malaysia. kalau indon tu, sama je macam muka orang melayu. siap boleh cakap melayu lagi fasih daripada cina malaysia lagi! kenapa banglaaaaa?????

    4. apa guna ada wakil daripada PR? mengulat? makan gaji buta? waktu proses undi tu, wakil PR tak boleh nampak ke penipuan? kalau perasan kenapa x protes??

    ALASAN BANGLA NI MEMANG TAK RELEVAN LANGSUNG!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...