Friday 3 May 2013

7 LANGKAH BENTUK KERAJAAN?MUDAHNYA....

Malaysia mengamalkan sistem DEMOKRASI. Demokrasi merupakan suatu sistem pemerintahan yang memberi peluang kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam proses pembuatan keputusan, iaitu satu corak yang bergantung kepada persetujuan ramai.

Negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum. Wakil-wakil rakyat dipilih mewakili parti yang bertanding dalam pilihanraya tersebut.

Parti yang menang dan berhak membentuk kerajaan adalah parti yang mendapat undian majoriti daripada rakyat. Ini berasaskan "kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat".

Berikut merupakan 7 langkah mengundi bagi membentuk kerajaan di Malaysia :

  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk
  2. Serahkan dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani pengundian pertama. Tunjukan tangan untuk diperiksa dan pastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari
  3. Bergerak kehadapan kerani pengundian kedua, letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil
  4. selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada kerani pengundian ketiga
  5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
  6. Masukkan kertas undi kedalam peti undi masing-masing untuk dewan undangan negeri dan parlimen
  7. Keluar segera dari tempat mengundi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...