Friday 6 September 2013

WAJARKAH SHAFIE APDAL KEKAL SEBAGAI NAIB PRESIDEN UMNO??




Menjelang Pemilihan UMNO 2013, ramai calon yang sudah menawarkan diri dan ada yang masih belum menyatakan hasrat kepada umum. Bagi pemilihan kali ini, pemimpin lama yang tidak berkesan patut digantikan, malah pemimpin yang hanya pandai beretorik, tidak efektif, malas, tidak berani dan gagal bersuara untuk membawa perjuangan juga tidak wajar dipilih semula.

Walaubagaimanapun, psywarriors tertarik untuk membicarakan mengenai salah seorang calon  yang ingin mengekalkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO iaitu YB Dato' Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal.

Sepanjang tempoh beliau sebagai Naib Presiden dan menerajui Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW), layakkah Shafie dipilih semula??Apakah dalil kenapa kita orang UMNO mesti sokong Shafie sebagai Naib Presiden UMNO??



Antara hujah yang menyokong beliau dipilih semula ialah seperti berikut :-
  1. Daripada 133 kerusi yang telah Barisan Nasional menang dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), 47 kerusi datangnya dari Sabah dan Sarawak.
  2. Kita WAJIB akui realiti sumbangan kerusi Sabah & Sarawak ini bagi persiapan menghadapi PRU14. Bukankah kesinambungan kecemerlangan BN di kawasan fixed deposit BN ini wajar dikekalkan??
  3. Pengalaman Shafie yang luas dalam PRU13 dan Pilihanraya Kecil amat diperlukan untuk hadapi PRU14 nanti.
  4. Pemilihan Shafie sebagai Naib Presiden penting bagi kesinambungan kepimpinan YAB Presiden dan YAB Timbalan Presiden.
  5. Pencapaian cemerlang NKRA Luar Bandar yang diterajui Shafie :
          - Bina 3,349 km jalanraya bagi manfaat 1,471,052 isi rumah.
          - Membekalkan air kepada 297,067 buah rumah bagi manfaat 1,485,335 isi rumah.
          - Membekalkan elektrik kepada 95,300 buah rumah bagi manfaat 476,500 isi rumah.
          - Membina 53, 376 buah rumah rakyat bagi manfaat 266,880 isi rumah.


        
         Kejayaan lain yang ditempa Shafie di bawah KKLW ialah :
         - Pendidikan pra sekolah telah disediakan kepada 214, 834 orang kanak-kanak.    
           Manakala Pendidikan Awal Kanak-kanak (TASKA) telah disediakan kepada 6,842
           orang kanak-kanak. 
         - Program Pemerkasaan Modal Insan Luar Bandar melalui pendidikan non-formal
           telah berjaya mencapai melebihi sasaran, iaitu 100,864 komuniti luar bandar         
           bagi tempoh bulan Januari hingga Disember 2012.


Jadi, fikir-fikirlah demi survival dan kelangsungan Parti Keramat kita UMNO untuk Better Nation!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...