Monday 29 April 2013

PAKATAN RAKYAT SEPAKAT MENGENAI NEGARA ISLAM??


DAP KATA, PAS IKUT SAJA..
PKR PULA?APA-APA PUN BOLEH, SEBAB MIMPI KUASA!


"Kita mulakan dengan
PELAKSANAAN
NEGARA BERKEBAJIKAN        
itu ada dalam al-Quran
DIA TAK SEBUT
NEGARA ISLAM
Dia sebut negara berkebajikan"
Jun 3, 2011





"Saya ingin mengulangi
SEKALI LAGI PENDIRIAN DAP
TIDAK MENYOKONG
PELAKSANAAN NEGARA ISLAM
di Malaysia dan pelaksanaan
undang-undang
HUDUD OLEH PAS"
Julai 30, 2013





"KAMI JUGA
MENENTANG
SLOGAN NEGARA ISLAM
yang digunakan oleh
PARTI ISLAM (PAS),
oleh Mahathir....."
Ogos, 2012

Sunday 28 April 2013

24 PEMBOHONGAN PAS

Isu tuntutan ROYALTI PETROLEUM oleh kerajaan PAS Kelantan sebenarnya untuk menanam PERASAAN BENCI rakyat Kelantan kepada Kerajaan pusat. Tujuan sebenar adalah untuk menutup janji-janji palsu dan pembohongan mereka serta kes PENGGADAIAN beratus ribu ekar tanah dimana 1.7juta ekar sudah digondol untuk pengambilan balak.

Antara PEMBOHONGAN :

  1. Laksana Hudud (walau sudah diluluskan masih tak dilaksanakan) (1990-2013)
  2. Jawatankuasa Hisbah-Isytihar Harta Wakil Rakyat (1990-2013)
  3. Pemberian RM100 Kepada Setiap Warga Emas (1990-2013)
  4. Sediakan Tapak Rumah untuk Rakyat Miskin dan Pesara Tentera (1990-2013)
  5. Projek Bandar Baru Pengkalan Kubor (1990-2013)
  6. Sediakan Peluang Pekerjaan Kepada Anak Muda (1990-2013)
  7. Projek Petrokimia Pantai Senok (1990-2013)
  8. Pemberian lesen kepada pembalak-pembalak dan pengisytiharan kawasan pembalakan (1990-2013)
  9. Menyelesaikan Hal Tanah Mengikut Prinsip dan Keadilan Islam (1990-2013)
  10. Projek Jambatan Kedua KB-Kg. Cina Di Palekbang (1996-2013)
  11. Projek Pelabuhan Sri Tujoh, Tumpat (1997-2013)
  12. Projek Afta City Di Rantau Panjang (2003-2013)
  13. Membina Terminal Bas Baru Di Tunjong (2004-2013)
  14. Stadium Berkolam Renang Tertutup Beliawanis (2004-2013)
  15. Pusat Peranginan Tasik Bukit Kwong Rantau Panjang (2006-2013)
  16. Projek Pelancongan Danau Tok Uban (2006-2013)
  17. Terminal Bas Bersepadu kubang Kerian (2007-2013)
  18. Projek Kambing Jamnapari Atas Nama Jihad Ternak (2007-2013)
  19. Projek Koridor Depu gua Musang (2007-2013)
  20. Projek Agro Tourism Pergau, Jeli (2008-2013)
  21. Rumah Mampu Milik Kepada Rakyat Miskin Di Kelantan (2008-2013)
  22. Bandar Baru Dabong (2008-2013)
  23. Stadium Bukit Merbau (2012-2013)
  24. Lebuhraya KotaBharu-Kuala Krai (Gotong Royong) (2012-2013)
DAN BANYAK LAGI

Maksud Ayat :
Antara orang-orang yang benar dan bertakwa di sisi Allah ialah mereka yang menunaikan janji (Surah al-Baqarah : 177)

Berikut lagu dinyanyikan oleh Calon PAS Parlimen Jempol ditujukan khas buat Pimpinan Pas....

Friday 26 April 2013

BACAAN AL-QURAN HUSAMM MERAGUKAN

Sedarkah HUSAMM bahawa hukum membaca ayat al-Quran tetapi tidak disertakan dengan hukum tajwid yang betul adalah berdosa menurut pendapat Ulama' Mutaqaddimin kerana mempelajarinya adalah WAJIB berdasarkan sabda ٴٴRasulullah s.a.w : 

Dari Aisyah r.a.  katanya Rasulullah s.a.w.  bersabda mengenai golongan yang membaca al-Quran dengan tidak bertajwid dan berubah maknanya termasuklah dalam golongan yang dilaknati al-Quran itu sendiri, sebagaimana sabdaٴٴ Rasulullah s.a.w. :

رب قارئ القرءان والقرءان يلعنه
Maksudnya: Ramai orang yang membaca al-Quran, sedangkan al-Quran sendiri melaknatnya

“Bacalah al-Quran itu dengan tartil (bertajwid)”.

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t. memerintahkan Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran yang diturunkan kepada baginda dengan tartil. Tartil bermaksud mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya, dalam erti kata lain membaca al-Quran dengan bertajwid.

Dalam Surah al-Baqarah ayat 121 antara lain Allah Taala berfirman :



Berikut bacaan ayat al-Quran oleh HUSAMM..Anda nilailah sendiri..


Thursday 25 April 2013

MAKSUD SEBENAR PR

Maksud sebenar PR ialah PAKATAN REBAH...

Berikut, ialah buktinya :





Rakyat hendaklah memilih calon pemimpin yang memiliki ciri-ciri tertentu, sebagaimana yang digariskan oleh al-Qur'an, iaitu yang memiliki quwwah (kekuatan, kelayakan, kemampuan serta kemahiran dalam menjalankan tugas)  dan amanah (Surah al-Qasas 28 : 26 dan Surah Yusuf 12 : 54).

Ternyata mereka TIDAK LAYAK untuk menjadi pemimpin malah, KEKUATAN yang ingin mereka tunjukkan, retorik semata-mata...



20,000 PELAJAR SAMAN KERAJAAN

20,000 orang pelajar memfailkan saman terhadap kerajaan kerana telah dinafikan hak mereka ke atas DANA PERSEKUTUAN khusus untuk mereka.

Baca selanjutnya disini....

Wednesday 24 April 2013

PENGGANAS MENYERANG SUNGAI BESAR


Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Parit 9, Sungai Leman nyaris hangus dijilat api setelah dilempar bom petrol dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang penduduk kampung yang kemudiannya bertindak menghubungi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Kerajaan Persekutuan (JKKKP) setelah melihat api mula menyambar kain rentang BN.

Pengerusi JKKKP Parit 9, Sungai Leman, Zulkefli Hassan berkata, kebakaran itu berjaya dipadam oleh para petugas parti sekali gus dapat menyelamatkan bilik gerakan itu daripada hangus.

Premis tersebut merupakan sebuah balai raya yang berusia lebih 30 tahun itu. Ekoran kejadian itu, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sekinchan awal pagi ini.

UTUSAN ONLINE


HADI DAKWA CALON PKR TANGKAP MUAT


Terdapat sekurang-kurangnya 7  DUN & 1 PARLIMEN yang menyaksikan pertindihan calon membabitkan PAS dan PKR.

Pertindihan yang berlaku ini melibatkan satu kawasan Parlimen dan 6 DUN di beberapa negeri seperti Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Selangor, menyebabkan ramai penyokong PR pening memikirkan puncanya.

Kebanyakan kerusi yang bertindih calon ini secara umumnya kuota untuk PKR tetapi dipertikaikan oleh PAS kerana merasakan calon PKR tangkap muat.

Menurut Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula, pertindihan ini sengaja dilakukan kononnya untuk menghalang kemasukan syaitan sambil mengaitkan peristiwa kejatuhan PR di Perak pada awal 2009.

Katanya, “inilah sebabnya bertindak bertanding itu…nak menyelamatkan Pakatan Rakyat, kita tak mahu jadi macam Perak, perintah sekejap pastu jatuh, PAS bertindak, PAS tetap bersama Pakatan Rakyat.”

“PAS bertindak untuk memelihara, keteguhan bukan saja masa pilihan raya, keteguhan selepas kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT, supaya SYAITAN-SYAITAN tidak boleh masuk Pakatan Rakyat.”

Bijak alasan spin yang diberikan Hadi apabila mengaitkannya dengan isu kejatuhan PR di Perak kemudian disabitkan pula syaitan semata-mata untuk meredakan keresahan yang sedang membuak-buak di kalangan penyokong PR khususnya PKR tika ini.

Tapi sedar tak sedar, Hadi sebenarnya meluahkan keraguan PAS terhadap calon-calon PKR, dengan kata lain, penjelasan yang dibuatnya itu mengesahkan lagi betapa selama ini PAS memang tidak percaya dengan kesetiaan pemimpin PKR.

Sesebuah pakatan andainya tidak wujud kepercayaan sesama rakan sepakatan, itu tanda tiada nilai kerjasama utuh di kalangan mereka. Pakatan sedemikian takkan bertahan lama, tiba masanya masing-masing akan bercakaran.

Apa yang berlaku ini memberi gambaran jelas betapa tidak sepakatnya PR untuk menghadapi PRU-13, gabungan rapuh sebegini mustahil untuk mendapat kepercayaan rakyat apatah lagi untuk diberi tanggungjawab menerajui negara.

Justeru itu, tak usahlah PR berangan lagi untuk menang pada PRU-13, sebaliknya lebih baik masing-masing bersiap siaga untuk menghadapi perang sesama sendiri yang dijangkakan berlaku selepas PRU ini kelak.


Tuesday 23 April 2013

PAS's UBAH : WILL TURN JOHOR INTO ANOTHER KELANTAN

 
PAS's UBAH
will turn Johor into
another Kelantan.



 
"The consensus is that the party which contested the most seats state gets to name the Menteri Besar and in the case of Johor, that party is PAS."
-Dr. Ong Kian Ming,
DAP Strategist
Source: The Star, 12 April 2013




 
 
No Business
PAS will enforce strict rules that will slow down Johor's economy like cancelling the RM60bil RAPID Petronas project. PAS Vice-President Salahuddin Ayub said the project should be put on hold.
Source: thestar.com.my, 8 December 2011
 
No Tourist Trade
PAS could shut down entertainment outlets, reducing attraction to tourists.
Source: thestar.com.my, 8 December 2011
 
 
No Safety and Health Standards
Looking at Kelantan's track record, Johor could suffer from the rise in (i) HIV+, (ii) drug abuse, (iii) rape, and (iv) caontaminated water cases.
(i)Source: utusan.com.my, 16 September 2011
(ii)Source: utusan.com.my, 29 February 2012
(iii)Source: themalaysianinsider.com, 21 February 2012
(iv)Source: nst.com.my, 27 March 2012
 
 
VOTE WISELY. DON'T MAKE THE WRONG CHOICE.
 
 
 

PENGGANAS DIKENALPASTI DI MALAYSIA...

Wartawan sambilan RTM, Mohamed Yacob, 61, menjadi mangsa keganasan penyokong sebuah parti politik di Bandar Lama Gua Musang, Kelantan.

UTUSAN MALAYSIA melaporkan kejadian tersebut dipercayai berlaku selepas Allahyarham membunyikan hon kereta kerana tidak berpuas hati laluan masuk ke rumahnya dihalang oleh seorang penyokong parti berkenaan.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.







MASYARAKAT CINA SERANG NAJIB..

60,000 ORANG, majoriti masyarakat Cina menyerang MAJLIS MAKAN MALAM DAN RAMAH MESRA bersama YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Pelabuhan Klang. 

Kehadiran berkenaan menunjukkan sokongan padu Masyarakat Cina terhadap kepimpinan Perdana Menteri dalam menerajui Malaysia ke arah yang lebih baik..

KEKALKAN KEAMANAN, KESTABILAN DAN KEHARMONIAN NEGARA.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN!



HANYA UMNO PARTI KRONI...AMAL SISTEM DINASTI...

"Ini telah lama berlaku dalam UMNO. Dari bapa kemudiannya diserahkan kepada anak seolah-olah perlakuan dalam satu dinasti."
                                                                                                    -Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka

PAS mendakwa BN yang diwakili UMNO mengamalkan sistem dinasti iaitu turun-temurun jawatan pemimpin, daripada bapa turun ke anak.

BENARKAH UMNO AMALKAN SISTEM DINASTI? BAGAIMANA DENGAN YANG INI??


Kerusi DUN yang menjadi kerusi warisan langsung tidak menunjukkan PAS AMAL SISTEM DINASTI! Belum kira lagi DIKTATOR ISLE yang sedia ada mempunyai penyambung warisan...


Kesimpulannya ialah PAS PARTI SUCI, ORANG LAIN BUAT TAK BOLEH TAPI MEREKA BUAT BOLEH!!!

Monday 22 April 2013

ANTARA GWIYOMI DAN HUSAMM…


Pernahkah anda menonton video Gwiyomi?? 

Maksud sebenar Gwiyomi adalah COMEL. Gwiyomi yang sebutannya adalah Kiyomi dinyanyikan oleh Jung Ilhoon ahli band boy Korea, BtoB. Tarian menggunakan jari jemari ini juga dipanggil sebagai "1+1=Gwiyomi".

Umum mengetahui isyarat NOMBOR 1 ialah dengan menggunakan jari telunjuk. Namun ianya berbeza dengan tafsiran CALON PAS PARLIMEN P.125 PUTRAJAYA.


Semasa dalam ceramah, beliau pernah mempertikaikan ISYARAT 1MALAYSIA yang menggunakan jari telunjuk. Beliau mengatakan isyarat nombor 1 yang tepat ialah ibu jari, bukan jari telunjuk. Jari telunjuk merupakan nombor 2 jika dikira urutan mengikut permulaan jari.

 
Namun, jika kita fikirkan bukankah jari telunjuk juga digunakan dengan niat MENGESAKAN ALLAH DALAM SYAHADAH..Sungguh pelik tafsiran Husamm..


Saksikan video parody Gwiyomi Gadis Bertudung Comel yang juga menggunakan jari telunjuk untuk mengisyaratkan NOMBOR 1....




Sunday 21 April 2013

PENYOKONG HUSAMM DIIMPORT??

Semasa PENAMAAN CALON P.125 PUTRAJAYA, dikenalpasti ramai penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bukan dari kalangan penduduk Putrajaya.

Dari manakah datangnya mereka semua? Dikhabarkan Husamm terpaksa mengangkut penyokongnya sendiri daripada Kelantan. Dianggarkan sebanyak 47 buah bas telah digunakan untuk membawa mereka semua. Malah mereka juga diberi duit poket sebanyak RM250.00 seorang.







Ini menggambarkan PAS TIDAK MEMPUNYAI PENYOKONGNYA SENDIRI DI PUTRAJAYA.

Husamm sebagai pendatang baru tidak boleh menganggap warga Putrajaya mudah menerima orang luar sebagai pemimpin di sini dengan janji baru yang ditaburkan..

Tidak cukup dengan berlakon menangis untuk meraih simpati. Warga Putrajaya lebih matang memilih pemimpin mereka sendiri yang tidak berpura-pura!!!

Thursday 11 April 2013

poster ni sangat dalam maksudnya...

http://spermakini.blogspot.com/2013/04/santai-malam-poster-berahi-you-jump-i.html

Manifesto BN Akujanji Yang Menguntungkan Rakyat - Blog Sabah : Sensasi Dan Panas

Manifesto BN Akujanji Yang Menguntungkan Rakyat - Blog Sabah : Sensasi Dan Panas


manifesto barisan nasional

Senarai Akujanji Manifesto Barisan Nasional (BN) PRU 13?

Manifesto Barisan Nasional 1 : Kos Sara Hidup

  • BR1M dinaikkan kepada RM1,200 untuk isi rumah; RM600 untuk orang bujang.
  • Baucar Buku 1Malaysia dinaikkan sehingga RM300; Bantuan Persekolahan dinaikkan kepada RM150.
  • Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus secara berperingkat dengan menyemak semula Dasar Automotif Nasional.
  • Kedai Rakyat 1Malaysia akan ditambah.
  • Klinik 1Malaysia akan dibuka dalam kawasan padat penduduk.
  • Pusat Jagaan Harian 1Malaysia akan ditambah untuk ibu bapa bekerja.
  • Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20% dengan jaminan bandwidth internet
  • Dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas akan dibentuk.

Manifesto Barisan Nasional 2 : Keselamatan Awam

  • 4,000 anggota polis akan ditambah setiap tahun.
  • 5,000 kenderaan tambahan untuk Unit Rondaan Bermotosikal PDRM.
  • Angkatan Tentera Malaysia akan ditingkatupaya untuk menangani ancaman luar.
  • Suruhanjaya Polis akan diperkuatkan.
  • Sistem 6P akan digunakan untuk mengekang kemasukkan pendatang asing tanpa izin.
  • Program SafeCam akan diwujudkan.
  • 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis akan ditambah untuk membantu PDRM.

Manifesto Barisan Nasional 3 : Pendidikan

  • Membawa Malaysia ke tahap “kategori tiga teratas” dalam sistem pendidikan terbaik dunia.
  • Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar; menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah.
  • Meneruskan peruntukkan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh.
  • Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih.
  • Memperuntukkan RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas.
  • Mentransformasi sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah 20% kemasukan pelajar.
  • 420,000 guru akan dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi.
  • Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus pengajian tinggi awam.

Manifesto Barisan Nasional 4 : Perumahan

  • Membina 1,000,000 rumah mampu milik; 500,000 buah rumah PR1MA.
  • Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20% di bawah harga pasaran.
  • Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai.
  • Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah untuk memperbaiki rumah mereka.
  • Menggantikan kawasan setinggan dengan perumahan tetap yang selesa.
  • Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet.
  • Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000.

Manifesto Barisan Nasional 5 : Pembangunan Bandar

  • Mewujudkan Kementerian baharu untuk menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar.
  • Menambah perwakilan NGO dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan.
  • Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja.
  • Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar.
  • Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan mencukupi.
  • Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan.
Manifesto Barisan Nasional 6 : Kesihatan
  • Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur dan Barat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
  • Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi.
  • Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu.
  • Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan pesakit kronik.

Manifesto Barisan Nasional 7 : Pengangkutan Awam

  • Mengembangkan perkhidmatan Sistem Bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya.
  • Terus memperluaskan sistem rel MRT, LRT dan Komuter.
  • Membina Terminal Bas, Rel dan Teksi Bersepadu di semua pekan dan bandar.
  • Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat.
  • Meningkatkan jumlah permit teksi individu.
  • Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar.

Manifesto Barisan Nasional 8 : Memerangi Rasuah

  • Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan Kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam.
  • Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan.
  • Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah.
  • Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestasi Ketua Audit Negara untuk tindakan segera.
  • Menubuhkan Mahkamah Seksyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah.
  • Melaksanakan aku janji integriti untuk Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Manifesto Barisan Nasional 9 : Luar Bandar

  • Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah.
  • Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat.
  • Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar.
  • Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk.
  • Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
  • Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah di seluruh negara.
  • Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 80,000 di Sabah dan 80,000 di Sarawak.
  • Menggalak pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara.
manifesto barisan nasional

Manifesto Barisan Nasional 10 : Sumber Semula Jadi

  • Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau.
  • Memulihara sungai dan anak sungai.
  • Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan.
  • Menguatkuasa undang-undang yang lebih ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan haram.
  • Menggunakan teknologi hijau dalam pengurusan sisa pepejal.

Manifesto Barisan Nasional 11 : Belia

  • Memperuntukkan tabung, latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial.
  • Menyediakan ruang komersial di dalam kompleks beli-belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka.
  • Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti.
  • Mewujudkan lebih banyak lokasi WiFi percuma terutama di kawasan luar bandar dan separa bandar.
  • Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa, dan mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat.
  • Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan.

Manifesto Barisan Nasional 12 : Keselamatan Sosial

  • Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pengkalan data yang bersepadu.
  • Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum.
  • Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan buta.
  • Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi, untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi.
  • Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti.
  • Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil.

Manifesto Barisan Nasional 13 : Ekonomi

  • Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trillion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi.
  • Mencapai pendapatan per kapita AS$15,00 (RM45,000) menjelang 2020.
  • Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif.
  • Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal.
  • Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi.
  • Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat-peringkat.
  • Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20% daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
  • Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3%.
  • Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India.
  • Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil.

Manifesto Barisan Nasional 14 : Wanita

  • Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional.
  • Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina.
  • Menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari.
  • Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal.
  • Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama.
  • Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja.

Manifesto Barisan Nasional 15 : Keharmonian

  • Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah.
  • Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana amandan harmoni.
  • Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
  • Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
  • Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.
  • Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat.
  • Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat.
  • Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasaskan perkhidmatan dan kenaikan gaji.
  • Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.

Manifesto Barisan Nasional 16 : Dasar Luar Negara

  • Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin.
  • Menyokong usaha menjadikan ASEAN sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015.
  • Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan.
  • Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun.
  • Membentuk Dasar Laut yang menyokong kepentingan-kepentingan strategik politik, ekonomi dan keselamatan kita.
  • Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah.
  • Memperbanyakkan program outreach kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, Selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja.

Manifesto Barisan Nasional 17 : Perkhidmatan Awam

  • Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam – termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak 3% kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu itu tiada semakan gaji dilakukan.
  • Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap.
  • Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama.
  • “Merakyatkan Perkhidmatan Awam” bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang.
  • Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan.
  • Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan.
  • Memberikan perhatian yang istimewa kepada golongan kurang upaya.
Manifesto Barisan Nasional secara sehala sudah pun diumumkan dan disuapkan terus kepada rakyat. Kali ini harapan kami sekali lagi (SEPERTI DI SINI) ingin mengajak kedua-dua parti politik yang bakal berentap dalam Pilihnaraya Umum ke 13 kali ini untuk diadakan pembentangan dan perbahasan bermnaifesto secara dua hala pula untuk dinilai oleh jutaan bakal pengundi yang berkelayakan.
Apa pandangan anda dengan intipati Manifesto Barisan Nasional (BN 2013) menjelang Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) kali ini? Yang mana satu antara intipati manifesto Barisan nasional (BN) yang medapat perhatian anda semua?

Dakwaan BN ciplak manifesto pembangkan​g: Ini jawapan Muhyiddin…

http://www.mykmu.net/?p=28796



Dakwaan BN ciplak manifesto pembangkan​g: Ini jawapan Muhyiddin…



Menurut Tan Sri Muhyiddin bin Yassin  , apa yang terkandung dalam manifesto pembangkang diciplak daripada inisiatif kerajaan BN.

“Banyak bidang (dalam manifesto pembangkang) disentuh sudah dilaksana BN. Mereka ambil dan tokok tambah sebab tak ada pengalaman. Mereka hanya boleh bentang tetapi tak boleh laksana dan diakui banyak pakar-pakar yang buat analisa,” ujar beliau.
Contohnya kata beliau ,pembangkang merancang hapus pelbagai perkara tetapi bila dikaji balik, tindakan itu mnyebabkan defisit negara yang berkurangan 4.5 peratus akan meningkat kepada 11 peratus.

“Sampai hari ini Rafizi tak boleh jawab. Dia mungkin tak tahu sebab dia bukan pakar. Mereka nak buat macam contoh kita buat tetapi terbalik dalam soal-soal mereka nak buat…kurangkan harga minyak, kurangkan harga kereta…tetapi itu semua kita dah buat,” tegasnya.

Katanya,”Kita dah kurangkan…jadi mereka nak kurangkan lagi. Jadi siapa tiru siapa,”.
seterusnya…http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/dakwaan-bn-ciplak-manifesto-pembangkang-ini-jawapan-muhyiddin.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...