Friday 10 May 2013

SUDUT PANDANG PEMERHATI PERHIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT

Suasana di Stadium MBPJ Kelana Jaya sesak dibanjiri penyokong Pakatan Rakyat (PR) pada perhimpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ yang rata-ratanya berpakaian serba hitam.




Perhimpunan itu dianjurkan ekoran ketidakpuasan hati PR terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lalu yang menyaksikan pemimpin yang mereka sanjungi kempunan untuk menjadi Perdana Menteri ke-7.



Akibat daripada perancangan pelaksanaan yang tidak teratur malah ditambah lagi dengan keadaan hujan pada hari tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya yang luar biasa sepanjang Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).



Seperkara yang perlu rakyat Malaysia tahu, POLIS mengklasifikasikan perhimpunan berkenaan sebagai HARAM berikutan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebelum itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Namun yang hairannya, mereka yang hadir ke perhimpunan itu seolah-olah bangga dan merasakan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.





Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana menganjurkan perhimpunan tanpa notis.


Polis juga telah mengenalpasti beberapa kesalahan yang dilakukan dalam perhimpunan antaranya termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berdasarkan ucapan-ucapan berbaur hasutan disampaikan oleh 28 orang penceramah yang telah dikenalpasti.

Selain itu, Seksyen 124 B Kanun Keseksaan iaitu melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen di mana boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Ada peserta perhimpunan memaklumkan kepada psywarriors bahawa mereka mempunyai hak untuk berhimpun. Namun, bagaimana pula hak kami yang sayangkan keamanan??




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...