Tuesday 8 July 2014

Khalid Dijangka Letak Jawatan Lepas Raya, Paling Lewat September

Impian Khalid hancur di tangan Dua Nama Calon PKR !!!
AIDCNews – 8/7/14 – Berdasarkan sumber Astro Awani, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan tetap melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini atau selewat-lewatnya September depan. 
Menurut sumber itu, tempoh itu dikatakan selepas mengambil kira program-program sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang sudah dirancang lebih awal.“Kita mahu proses jawatan ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kecelaruan pada beberapa program terdekat yang sudah dirancang,” katanya. 
Dalam pada itu sumber itu menambah, pada masa kini, dua nama daripada PKR bakal menjadi calon Menteri Besar yang baharu, namun nama itu tidak didedahkan kepada umum.
Ketika ditanya apakah timbul isu susulan daripada DAP dan PAS kerana pengganti Khalid tetap merupakan calon daripada PKR, sumber itu berkata setakat ini masalah cuma timbul di pihak PAS negeri. “DAP secara dasarnya bersetuju namun sedikit masalah timbul dari PAS negeri. Bagaimanapun PAS Pusat sudah memberikan lampu hijau.” sumber dari AIDC
Dalangnyer.. 

ASPAN DEDAH ANWAR DI SEBALIK DRAMA PAKSA KHALID LETAK JAWATAN


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa perancang sistematik yang mahu menggulingkan Tan Sri Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, kata ahli DAP, Aspan Alias.
“Secara sistematik Anwar Ibrahim memainkan peranan untuk memaksa Khalid meletakkan jawatan dengan menggunakan kaedah ‘baling batu sembunyi tangan’.
“Sememangnya Anwar tidak begitu gemar dengan cara Khalid mengendalikan kerajaan Selangor walaupun Khalid merupakan ‘testimonial’ besar dalam pilihanraya umum yang lepas.
“Tetapi begitulah politik dalam PKR kerana mereka bukannya tertubuh dengan perjuangan yang telus, hanya tertubuh kerana Anwar dipecat dari UMNO itu pada tahun 1998 yang lalu kerana sebab yang semua maklum,” kata Aspan dalam tulisan terbaharu dalam blog aspanaliasnet .



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...