Keputusan akhirnya BN - 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.
Berikut ialah pemerhatian
terhadap keputusan akhir tersebut:
1) Pakatan kehilangan Kedah.
Ketiga-tiga negeri PR yang lain - Selangor, Penang and Kelantan - kesemuanya
menang dengan majoriti lebih 2/3:
Selangor - Pakatan 44, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12
Penang - Pakatan 30, BN 10
Kelantan - Pakatan 33, BN 12
2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen
(berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2
). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan
oleh Liang Teck Meng.
3) DAP menambahkan 10 kerusi
parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding
keputusan 2008.
DAP - 38
PKR - 30
PAS - 21
PKR - 30
PAS - 21
4) Terdapat 7 kerusi tambahan
yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).
5) Pengiraan awal menunjukkan
secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak
undi popular - 50% berbanding 49% (1% lain-lain).
6) 4 orang menteri kabinet tewas.
Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri
Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal
Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok.
Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad
Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.
7) Parti Progresif Penduduk (PPP)
kalah di semua kerusi yang ditandinginya - satu kerusi parlimen dan empat
kerusi parlimen - pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Selain tidak berupaya
menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti
komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri
Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan
Guchil (Kelantan).
8) BN tidak mempunyai 2/3
majoriti di negeri-negeri berikut
Perak BN 31 PR 28
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14
Terengganu BN 17 PR 15
Kedah BN 21 PR 15
Negeri Sembilan 22 PR 14
9) Kelima-lima pegawai Datuk Sri
Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13
(PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS
di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas
dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen
Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir
Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang
Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei
Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang
lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008.
Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad
Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.
10) Bekas MB Johor, Abd Ghani
Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.
11) PAS berjaya melahirkan anak
sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.
12) Calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim
Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli
Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.
13) Perak, Kedah, Perlis dan
Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada
BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut.
No comments:
Post a Comment