Thursday 17 July 2014

MELAYU CDM25 MAKI CINA vs CINA MAKI POLIS MELAYU

Kenapa video Cina maki Polis Melayu Tidak 'Viral' dan 'Trending' ???

Kita kecoh selepas menonton dan memberi komen video seorang perempuan di Pahang mengherdik seorang lelaki tua cina yang melanggarnya.

Namun kenapa apabila Polis dimaki dan diprovokasi tiada siapa yang sudi membela mereka!

Berikut koleksi video Cina biadap dengan anggota Polis :
Video 1 http://youtu.be/9p-GpToRqIk
Video 2 http://youtu.be/JFAVJfFoCI8
Video 3 http://youtu.be/fz5z_oXs310
Video 4 http://youtu.be/_ykQ33FOg40
Video 5 http://youtu.be/qyJLqEPBw6A

Jika semua menghebahkan video ini rasanya mustahil Astro Awani / Malaysiakini / Mstar akan memejamkan mata melihat ia tersebar dikalangan pengguna media sosial tanpa membuat liputan mengenainya, seperti mana mereka menyiarkan berita kebiadapan perempuan Melayu Islam bertudung bernama Kiki Kamaruddin yang mengherdik Cina yang melanggar keretanya. Kecuali mereka juga anti dengan polis kita dan bersetuju dengan kebiadapan Cina kepada polis yang mana polis lah yang bekerja keras menegakkan Perlembagaan demi keamanan dan keselamatan rakyat.

Fikirkan sekali lagi kenapa video ini tidak 'viral'?

Terpulang kepada anda samada mahu forward dan share bahan ini.  Jangan sampai ada berkata betapa senangnya kita terikut dengan pendekatan RBA yang mana melagakan kita dan mahu menjadikan orang Melayu Islam sebagai bahan utama.

moaz@psywarriors


Tuesday 8 July 2014

Khalid Dijangka Letak Jawatan Lepas Raya, Paling Lewat September

Impian Khalid hancur di tangan Dua Nama Calon PKR !!!
AIDCNews – 8/7/14 – Berdasarkan sumber Astro Awani, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan tetap melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini atau selewat-lewatnya September depan. 
Menurut sumber itu, tempoh itu dikatakan selepas mengambil kira program-program sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang sudah dirancang lebih awal.“Kita mahu proses jawatan ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kecelaruan pada beberapa program terdekat yang sudah dirancang,” katanya. 
Dalam pada itu sumber itu menambah, pada masa kini, dua nama daripada PKR bakal menjadi calon Menteri Besar yang baharu, namun nama itu tidak didedahkan kepada umum.
Ketika ditanya apakah timbul isu susulan daripada DAP dan PAS kerana pengganti Khalid tetap merupakan calon daripada PKR, sumber itu berkata setakat ini masalah cuma timbul di pihak PAS negeri. “DAP secara dasarnya bersetuju namun sedikit masalah timbul dari PAS negeri. Bagaimanapun PAS Pusat sudah memberikan lampu hijau.” sumber dari AIDC
Dalangnyer.. 

ASPAN DEDAH ANWAR DI SEBALIK DRAMA PAKSA KHALID LETAK JAWATAN


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa perancang sistematik yang mahu menggulingkan Tan Sri Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, kata ahli DAP, Aspan Alias.
“Secara sistematik Anwar Ibrahim memainkan peranan untuk memaksa Khalid meletakkan jawatan dengan menggunakan kaedah ‘baling batu sembunyi tangan’.
“Sememangnya Anwar tidak begitu gemar dengan cara Khalid mengendalikan kerajaan Selangor walaupun Khalid merupakan ‘testimonial’ besar dalam pilihanraya umum yang lepas.
“Tetapi begitulah politik dalam PKR kerana mereka bukannya tertubuh dengan perjuangan yang telus, hanya tertubuh kerana Anwar dipecat dari UMNO itu pada tahun 1998 yang lalu kerana sebab yang semua maklum,” kata Aspan dalam tulisan terbaharu dalam blog aspanaliasnet .



Thursday 3 July 2014

CILI KASI TARUK! APA YANG ANWAR TUDUH UMNO DAN BN KINI KEMBALI SEMULA KE MUKA DIA!


Ni lagi best, dah la bergaduh sampai pecah kepala, KERUSI TERBANG, last-last ada balckout sampai 2 jam kat tempat MB Selangor bertanding yang menyebabkan dia kalah dengan Manickavasagam. Hebat kan? Segala apa yang Anwar kata tentang BN dan UMNO hari ini dia kena balik.


Kalau rakyat Malaysia masih tak nampak akan permainan PKR ni, tak tau nak kata apa dah.Tak cukup dengan tu mereka cuba nak jatuhkan Khalid Ibrahim pula nak digantikan dengan Wan Jijah sebagai MB. Tapi Khalid tetap degil dan tak mahu melepaskan jawatan MB. 

Drama Queen Oh Drama Queen... Nah tengok sendiri videonya..



Tuesday 1 July 2014

Anda faham tentang GST ? Membebankan Rakyat?

Good Service Tax (GST) Tidak membebankan rakyat.. 

Adakah anda kenal apa itu GST? Jika ya, sedalam manakah pemahaman anda terhadap GST? Semoga video ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan dan menjawab persoalan mengenai GST



GST adalah sistem percukaian dan merupakan satu mekanisme untuk menjana kemakmuran ekonomi kerana ia lebih efisyen dan lebih adil untuk kelestarian kehidupan masyarakat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...